Monday, December 20, 2010

Cicak itu nakal.

Hari ini baru aku tahu RAHSIA besar seekor cicak,..mengapakah kita diharuskan dan dimestikan untuk melastik serta membunuh cicak yang melintas di hadapan kita serta kita akan dikurniakan ganjaran yang sangat besar mengikut pada kadaran dan tembakan yang mengena kita pada cicak itu tanpa ada niat untuk menyeksa mereka.Hal ini adalah kerana cicak lah antara haiwan yang membuat bising tatkala Rasulullah S.A.W.sedang menyembunyikan diri di Gua thur dr musuh durjana laknatullah.Jadi,untuk mengenang kembali peristiwa itu,kita diharuskan untuk membunuh cicak dan dihadiahkan dengan 100 ganjaran pahala pada bunuhan pertama,dan kedua dan ketiga,berkuranglah ganjaran,namun masih mendapat pahala.Yang penting,niat kita bukan untuk menyeksa mereka.Maka,point amat mudah jika kita lihat dari satu sudut yang bahagia,Allah amat mengasihi hambanya walaupun pada pandangan zahir ianya salah,dan kasihan.Namu,bila ada yang menyifatkan ia adalah satu kebaikan maka,tidak sia-sia akan Allah kurniakan ganjaran yang begitu banyak tanda Dia adlah Maha Pemurah.Alhamdulillah.Terima kasih Tuhan.

Friday, December 17, 2010

Perjuangan kita ^_^

Alhamdulillah..Akhirnya,jalanku terbuka luas untuk menggapai apa yang sepatutnya aku capai.Bukan bermakna aku membangga diri tapi hanya kerana aku tak ingin ada lagi yang menegakkan BENANG yang SENTIASA BASAH,sudah terlalu banyak kita berlumuran dengan helah yang mencengkam keturunan sebelum sehinggalah ke hari ini.Aku geram memikirkannya,Aku benci mendengarnya dan Aku meluat nak menengoknya lagi.aku tahu semua itu dusta.lDusta yang tiada hentinya,kerna dalaangnya masih di dalam,di dalam suatu tempat yang aku harus bersihkan atau lebih tepay untuk SUCIkan nya,.
Ya Allah tuhanku,Engkau Maha Besar,Yang menentukan segalanya,
Telah kau bukakan pintu rezekiku,
Telah kau sediakan jalan itu,
Maka kau naungilah aku,Lindungilah aku,
Limpahkanlah rahmatmu,janganlah berhentikan kurniaan rezekimu,

Sesungguh padamu ku nyatakan niat yang satu,
Aku ingin selamatkan alam ini,
Semampu aku,sehabis kudratku,
Sesungguhnya aku memerlukan pertolonganmu,
Padamu aku mohon,jauhkan aku dari sifat terkeji,
Kealpaan,bongkak,riak dan segala sifat terkeji,
Aku berlindung,Kau luruskan dan senangkan liku ini.
aMINN YA rABBAL ALAMIN~

Aku tak nak hidup di dunia yang aman.Yang aman kerana yahudi berjaya menaruh impian,menjatuhkan islam,menolak kebenaran,dan menipu kenyataan.Biarlah Peperangan itu yang terjadi walau bukan sebaik kesudahan tetapi lebih baik dr syaitan jika kebenaran islam mampu menyinar.Sina yang tak akan pernah sirna yang tak akan pernah hilang yang tak akan pernah luput di telan iblis-iblis laknatullah.Aku benci segala durjana yang ada sekarang yang sering membohongi mata-mata yang tidak tercemar lagi.Semoga aku mampu mengubah keadaan walau sediti tapi terkesan.InsyaAllah dengan redhaNya~

Tuesday, December 14, 2010

apa yang kita buat setelah mereka buat?

Kadang-kadang aku memang tak faham.Kerjaan yang kita agung-agungkan ke atau pembangkang yang sering bertelagah?Melihat kepada situasi yang tak pernah senyap,aku nampak jelas ada sesuatu yang sering mereka rebutkan.,iaitu KUASA.Masing-masing ingin diri di tempat teratas.Adakah kerana niatnya untuk menjunjung kesempurnaan semua yang dipimpin,atau hanya menjunjung kepentingan diri?Jadi,sebenarnya hala tuju sentiasa tak pernah jelas.Kita laungkan pelbagai misi,visi,rencana bertebaran,pembangunan diuar-uarkan,tapi hasilnya mana?Tak pernah nampak di mata,mana pula nak rasa dek hati?Memang terlalu jauh untuk kita capai bintang yang bertaburan di angkasa,tapi kenapa kita tak pernah cuba untuk mengutip permata di muara?dan Akhirnya,siapa yang terpaksa memikul jika bukan MEREKA yang dbawah?Aduh,sedih sangat melihat manusia yang kadang hati dan otak nya tak pernah ditimbang dan di rasa bersama-sama.HUH,malaysia malaysia~

aku tak suka bermuka-muka

Blog ini diwujudkan adalah untuk menyampaikan apa yang perlu disampaikan.Tak pernah ada kaitan dengan yang terasa dan merasa serta berasa dirinya atau kenalannya bersama kait-kaitannya.Maka,segala isi dan kandungan,unsur dan pandangan adalah berdasarkan pemikiran yang terlintas dan hati yang ringkas.Kerana,kadangkala ilmu yang dipendam itu lebih busuk dari yang diluahkan.Jadi,segala cemuhan dan tohmahan mungkin diterima seandainya kekurangan amat nyata, dan segala coretan harus dipelihara kerana masih ada yang perlu dibicara.Kesalahan yang nyata adalah apabila kita cuba menyembunyikan kebenaran yang jelas.As-salam~